Sunday 6 October 2013

PTPTN membebankan pelajar ?

masa sekarang menunjukkan jam 1930 ... housemate aku petang tadi semua pergi kangar makan KFC. 
kalau ikutkan nafsu aku, memang aku nak join sekaki, tapi masalahnya sekarang, purse aku dah berhabuk! 
nak makan kfc tu pon dah dekat RM10++ melayang.. tu belum masuk nafsu tengok barang-barang jualan lagi. mahu habis rm50 aku! haha! so, malam ni, aku meroyan cari geng teman makan malam! 

esok, kelas aku start pada jam 12 tegah hari. tapi, tak ada nya masa aku nak terbongkang sampai tengah hari. kutipan ptptn untuk UniMAP start seawal 8pagi.
8pagi tu aku kena uruskan ptptn, ambil kunci blok baru untuk SUKSIS  dan terus pergi kampus untuk rakam presentation assignment aku sebelum mulanya kelas esok. wish me luck!

cakap pasal ptptn, kenapa ada ura-ura yang menyatakan yang ptptn membebankan pelajar?
bagi keluarga berpendapatan sederhana macam aku, aku sangat memerlukan PTPTN untuk sempurnakan kehidupan aku sebagai pelajar tanpa perlu terbeban dengan masalah kewangan.

ye! memang PTPTN dalam erti istilah lain, BERHUTANG. 
Tapi, pandang dalam aspek lain, bagi aku, ia satu manfaat kepada pelajar untuk terus berjuang bagi mendapatkan keputusan cemerlang. lebih-lebih lagi, PTPTN tidak akan menuntut wang pinjaman JIKA pelajar mendapat PNGK 3.75 ke atas. 

it is free of charge. diulangi, FREE OF CHARGE !

so, apa lagi, dah dapat ptptn, jangan la hangpa p joli sakan na...fokus study tu ! 
ni pantang nampak duit lebih sikit, hang out !! note to myself! hehe!


No comments:

Post a Comment