Tuesday 5 November 2013

pokok bernilai 2.1 juta ?

time-time raya deepavalli ni, yang indian pasti akan sambut raya mereka, yang chinese dan malay pon sebenarnya akan tumpang "beraya" jugak!
 cuma, raya kami ni versi lain sikit.. kalau raya indian pakai sari, kami pakai jeans pergi berjalan-jalan kat tempat  yang boleh berjalan.. haha..

alang-alang dah duduk kat perlis ni, memang tak sah kalau tak masuk ke thailand.. and, for the 1st time in my life, aku masuk thailand.. tp, takde gambar pulak sebab hp takde bateri.. so, tiada bukti..huhu..

kat thailand, barang memang murah2...survey lagi, survey lagi..memang murah la barang nya.. aku bukan masuk dalam pon..just sipi-sipi thai je..tp, memandangkan ada jualan, orang pon ramai, aku pon, borong sakan la...hoho!

sedang-sedang tengok tu, aku ternampak pistol mainan..pergh, memang namak real..berat pon berat.. aku berminat jugak tengok benda-benda macam ni..sampai rasa nak beli.. tp, tetibe kena marah pulak ngan mak aku.."mana boleh bawa pistol masuk malaysia walaupun mainan" .. ok..aku faham..hampa jugak.. tp..tu la kawalan malaysia..kalau kena tangkap, naye aku..apapun, undang-undang kena ikut..



dalam pada percutian 3hari 2malam dengan family aku tu, aku melawat rumah kenalan mak aku dekat kedah.. memang betul-betul tepi bendang..sawah padi... 


tenang je tengok sawah padi... patut pon orang kata hijau tu menenangkan..tak banyak gambar sebab tergoda dengan keindahan alam ciptaan Allah ni..


haa...yang ni ibu aku... merangkap orang yang menjaga aku dari kecik.. haaa ni la orangnya... comel kan... tp..tak dapat menandingi kecomelan anaknya..ekeke~~!!
tutup jap ibu aku tu...tengok pokok belakang nya..
orang kata, ada yang tawarkan nilai pokok tu 
2.1 JUTA ... aku tak tahu kesahsihannya.. tapi, itu la yang aku dengar..
tak tahu la kalau keluarga tu saje nak perkenekan aku..mentang-mentang muke aku nampak excited terlebih kan..huhu.. 
okay, tu citer aku..nanti story morey lagi.. k..tata!!

Sunday 6 October 2013

PTPTN membebankan pelajar ?

masa sekarang menunjukkan jam 1930 ... housemate aku petang tadi semua pergi kangar makan KFC. 
kalau ikutkan nafsu aku, memang aku nak join sekaki, tapi masalahnya sekarang, purse aku dah berhabuk! 
nak makan kfc tu pon dah dekat RM10++ melayang.. tu belum masuk nafsu tengok barang-barang jualan lagi. mahu habis rm50 aku! haha! so, malam ni, aku meroyan cari geng teman makan malam! 

esok, kelas aku start pada jam 12 tegah hari. tapi, tak ada nya masa aku nak terbongkang sampai tengah hari. kutipan ptptn untuk UniMAP start seawal 8pagi.
8pagi tu aku kena uruskan ptptn, ambil kunci blok baru untuk SUKSIS  dan terus pergi kampus untuk rakam presentation assignment aku sebelum mulanya kelas esok. wish me luck!

cakap pasal ptptn, kenapa ada ura-ura yang menyatakan yang ptptn membebankan pelajar?
bagi keluarga berpendapatan sederhana macam aku, aku sangat memerlukan PTPTN untuk sempurnakan kehidupan aku sebagai pelajar tanpa perlu terbeban dengan masalah kewangan.

ye! memang PTPTN dalam erti istilah lain, BERHUTANG. 
Tapi, pandang dalam aspek lain, bagi aku, ia satu manfaat kepada pelajar untuk terus berjuang bagi mendapatkan keputusan cemerlang. lebih-lebih lagi, PTPTN tidak akan menuntut wang pinjaman JIKA pelajar mendapat PNGK 3.75 ke atas. 

it is free of charge. diulangi, FREE OF CHARGE !

so, apa lagi, dah dapat ptptn, jangan la hangpa p joli sakan na...fokus study tu ! 
ni pantang nampak duit lebih sikit, hang out !! note to myself! hehe!


Belajar Bertatih Dulu Sebelum Berlari

"wah, siap juga blog aku" .

Kalau aku jerit satu kampus aku ni macam ni, mesti hidup-hidup aku kena 'bang' dengan depa la ni. 
mana tidaknya, pasal blog pon nak kecoh. 
Budak darjah 5 pun boleh buat blog cantik-cantik, aku yang dah boleh merempit tengah jalan raya besar ni, baru nak merangkak buat blog. 

Tapi, seriyes wa habaq u olls, excited beb ! 
pada awalnya aku nak buat blog domain dot com , tapi, aku tak pandai sangat.
so, aku mula step by step, belajar dari awal dengan blogspot.
Ini hasil usaha pertama aku.
Harap sangat ada yang sokong dan beri tunjuk ajar pada aku untuk jadi amatur kelak.
Amin . . .  

ha...now, aku blogger baru, and you areWELCOME TO MY LIFE . .